Wednesday 1 March 2017

Bahagia menanti aku

 SETIA MENUNGGU

Assalamualaikum.. YA ALLAH...!
Terlalu banyak yang aku lalui selama beberapa tahun ni. Allah tak putus-putus memberi aku ujian.
Aku tau setiap ujian yang dia berikan pada aku adalah salah satu cara dia menujukkan yang dia benar-benar menyayangi aku. ALHAMDULILAH.

Kadang aku gagal menempuhi ujiannya. Adakalanya juga aku berjaya Mengharunginya.
Bukan mudah nak menjadi seorang yang bernama SITI HASREENA. Tapi aku tahu, susah aku ada lagi orang yang lagi susah daripada aku. Allah menguji aku betul-betul sampai aku hampir hilang harap. Tapi aku tahu bukan itu yang dia mahukan daripada aku.

DIA nak aku lebih kuat dan sentiasa bangun dengan semua dugaan didunia ini. Aku yakin setiap apa yang dia rancang untuk aku semua ada hikmah yang terbaik untuk aku. Walaupun pahit untuk aku telan. Umur yang semuda ini terlalu banyak dugaan yang aku lalui. Up and Down. Aku dicaci, Aku dihina oleh sesetengah masyarakat. Betapa terlukanya aku. ALLAH sahaja yang tahu.

Sumpah bukan aku minta semua ini untuk berlaku dalam hidup aku. Kalau aku dah tau akan jadi macam ni daripada awal lagi aku tak memilih jalan ini. Pernah aku terlalu terluka sampai aku bersujud kepada-Nya. Aku hilang harapan. Aku hilang kekuatan. Aku hilang rasa. Sesungguhnya Dia lebih baik daripada segala-galanya. Alhamdulilah. Aku REDHA.

Kadang-kadang kita selalu terdengar ayat ini, DUNIA INI KEJAM. Sebenarnya dunia ini tak kejam, tetapi Manusia yang bersifat kejam yang membuatkan kita rasa Dunia ini sangat kejam. Terlalu banyak aku belajar daripada pengalaman yang ALLAH berikan pada aku. TERLALU BANYAK.

Aku berasa bangga kadang-kadang kerana seusia muda macam ni aku dah setabah ini. Cinta yang kita miliki adalah milik Allah. Bila-bila masa dia boleh tarik rasa itu. Sekelip mata sahaja. Jika kita tak semai dengan doa, tak baja dengan kesyukuran semua tu akan ditarik dengan sekelip mata.

Aku belajar ini dalam hidup aku,  Cinta itu tak semestinya memiliki dan tak seharusnya selalu disakiti, jika berpisah itu adalah jalan terbaik untuk kedua pihak, lebih baik berpisah. Sebab tu Allah halalkan penceraian walaupun Dia benci dengan itu. Aku redha sumpah aku redha.

Aku belajar redha bila aku cuba maafkan segala-galanya, aku halalkan segala-galanya. Aku ikhlaskan segala-galanya. Alhamudulilah aku rasa keredhaan itu. Aku sikit pun tak rasa iri hati dengan kebahagiaan mereka. Sebab aku tahu Allah itu ADIL! Setiap umatnya layak memiliki KEBAHAGIAAN. Aku lepaskan segala-galanya dengan tabah.

Manusia akan datang dan pergi, jadi aku redha dengan siapa-siapa yang pergi dari hidup aku. Maafkan aku jika aku bukan yang terbaik sebab tu aku redha dia pergi mencari yang terbaik untuk hidup dia. Biarlah ia pergi dengan kenangan. Biarlah dia bahagia bersama orang yang dia sayangi. Aku tumpang bahagia. Melihat orang yang kita sayang bersama dengan orang yang dia sayang cukup buat aku bahagia. CUKUP.

Kerana aku tahu, cepat atau lambat aku juga akan rasa benda yang sama. Banyak kebaikannya bila kita bersabar. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Even kita pun tak tau esok apa akan jadi pada kita. Jadi aku sebagai manusia lemah ini tak layak nak argue dengan masa depan orang lain.
Aku tak layak nak hina hidup orang lain. Aku sangat tak layak nak membandingkan diri aku dengan orang lain. Tapi apa yang aku mampu adalah aku sentiasa cabar diri aku jadi yang lebih terbaik dari hari sebelumnya.

Kadang-kadang kalau aku rasa down sangat, aku rasa sedih sangat, aku rasa kosong sangat. Sebenarnya aku tahu Allah detik hati aku dengan rasa down sedih dan kosong itu untuk isikn DIA didalamnya.

MAKA AKU SENTIASA REDHA...

Terima kasih pengalaman yang sentiasa mengajar aku.
Terima kasih juga kepada siapa yang masih disisi aku dan terus mahu disisi aku SUSAH DAN SENANG. 






No comments:

Post a Comment