Saturday, 18 March 2017

Happy birthday sayang

A Love Letter From Your Mummy

Today, you turn three. You, my precious boy who squeals when the tickle monster appears, which looks astoundingly similar to my right hand.

Ever since the day you were born I haven’t been able to stop smiling when your eyes catch mine. You are so loved. I will never stop hugging and kissing you, even when you tower above me and your cheeks are stubbly and rough. I will never stop loving you even if you break my heart or disappoint me. I am always for you, even if we disagree.

I prayed for you when you were budding inside me. When your parts and my parts intermingled in my swollen belly. You are my miracle. The one God knew we needed to complete life. Even when you learned to take off your diaper at nap time and invariably went on the carpet.

Not because I am not proud to watch you grow and reach each milestone but because with each year you are growing away from me. You will someday leave and have a family of your own and each candle on your cake reminds me that it goes by so fast. That I won’t always be your biggest love. That your tiny fingers will grow and someday reach for someone else. And I will rejoice for you, but I will also grieve as you move into a life where I am not constantly present.

You won’t understand any of this now, but someday, you will read this and know my heart. I pray that by that point, you will  have felt my love, and this will only confirm what you already know.

Because even though you’re three now, in my heart you will always be my baby.

Happy Birthday, Haeeqal. Mummy loves you.






Thursday, 2 March 2017

LELAKI DAN EGO.. ALAHAI.... πŸ˜§πŸ˜£πŸ˜πŸ˜ŒπŸ˜‚


 LELAKI + EGO = AWARD TO HIMSELF


πŸ’EFFECT DIA MACAM DORANG NI SUPERHERO TAU. BANGGA BETUL DORANG NI!

Bila dikaitkan dengan lelaki mesti tak lari dengan ego-ego mereka. YALLAH!
Boleh kira lagi tinggi ego mereka lagi bangga la dorang ni. HAHA!
Yallah ego dorang ni susah semua perempuan nak handle. But tak adalah susah sangat nak handle sebenarnya. HEHE!

Lelaki ni selalunya dorang suka bermain2 dengan fikiran dan perasaan dorang. Lagi-lagi bab CINTA.
HAHA! Tet!!!! Kantoi.......
Selalunya lelaki ni dorang bukan tak nak tunjuk yang dorang sayang pada orang yang dia Cinta, tapi dia ada kawan baik dia (EGO) yang selalu kawal perasaan dan minda mereka. PERCAYA TAK? wakakakakaka..

Dorang akan rasa annoying dengan perempuan yang suka dorang, kadang-kadang apa pun perempuan tu buat dia akan rasa tak selesa. Yela EGO kan.. 😌aihhhhh..
Dia rasa macam nak lempang-lempang je perempuan annoying ni. Itu la ini la. Lagi-lagi perempuan ni mengada2 manja2.

Tapi bila perempuan yang annoying dengan dia tu dah tak ada.. HAAAAAA.. part ni best..
Dia start confused dengan diri dia sendiri. Ego dia mula goyang sebab RINDU dah sampai. Time ni hati dorang akan jadi 50/50 sebab Ego dah tak setinggi gunung lagi bila Rindu dah muncul dalam perasaan. Lama kelamaan Dorang akan tewas juga dari ego dorang disebabkan rindu sangat kat perempuan annoying tadi. Barulah dia terfikir selama ni perempuan annoying tu la yang selalu jaga dia, care pasal dia, makan minum dia, kesihatan dia selama ini.

Jeng-jeng!!! Start laa stalk perempuan annoying tu. Kat mana-mana pun dia tetap cari perempuan tu selagi jumpa (Sekarang dah modern cari jela kat sosial media) wakakaka! Tak jumpa facebook dia cari kat instagram tak jumpa kat instagram dia cari la kat twitter. Tak jumpa juga? cari laaa sampai ke blog perempuan annoying tu. Eh ! ada orang tengah baca blog kita ke sekarang ni hahaha..

 Haaa time ni ego setinggi gunung-ganang sekarang tinggal gunung tepi-tepi pantai je ha.. Alaa yang budak-budak kecik suka main tu. Wakakaka! Time ni Si Lelaki yang mempunyai tahta KEEGOANNYA dah mula goyanggg... Goyang wei.. HAHAHA! dapat tengok media sosial perempuan tu pun dah cukup happy buat mereka, sebab tau update perempuan tu. EH! hari tu macam tak nak sangat. 😏

Akhirnyaaaaa.. Tewas dengan perasaan sendiri. RINDU dah mula menguasai diri minda dan juga jiwa. JENG JENG JENG JENG (Kali ni panjang sikit) HAHA! Dia text juga perempuan tu. Hehe. kali ni ego dia naik sikit sebab perempuan tu respond text dia. ELEHHHHH! diajak jumpa pulakkkk.. Bila dah jumpaaaa Dorang akan pretend ni (Aduiiii sempat lagi nak pretend ni haa) Bila dah jumpaaaa mulaa laa dia punya lakonan tak bagi perempuan ni nampak dia RINDU sangat tu. HAHA!

Tapi bab sampai sini selalunya akan KANTOI! hahahahaha.. Sebabnyaaaa Dia kena jawab jujur.. Selalunya jawapan 1st tu semua tipu je uollss.. Girlsss jangan terpedaya okay, kalau bab perasaan ni kena tanya banyak kali kat dorang ni.. HAHA.. Contohnya situasi macam ni..

GF: You rindu i eh?
BF: Eh ! mana ada just teringat je.. (EGO)
GF: Jawab Jujur please!
BG: Betul laa.. Jujur ni,, haaa
GF: Okay jawapan jujur please.. kali ni turunkan sikit ego tu.. 😜 (Kali ni ego dia dah bergoyang weii hahaha)
BF: ....... (Tukar topic atau buat2 tak dengar tapi dah senyum2)
GF: Hahaha cepat jujur kali ni buang semua egooooo semua sekali...
BF: *ahhhh shit...!* (dalam hati bergaduh2 tu hahaahahaha ingat aku tak tau kahhh?)
BF: YEEE RINDU... (slow je dengar samar2 je macam angin sepoi2 je dia jawab)
TARAAAAAA!!!!! seeeeeeeee.... Turun habis dah ego diaaa....

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Actually lelaki ni bukan sengaja nak jadi macam ni. Dorang cuma ada satu2 ni jela sifat yang ALLAH dah kurniakan kat dorang. Kalau perempuan ni banyak sifat kami, manja, penyayang, kuat membebel, kuat merajuk, cerewet (opss) hahaha dan lain2 laa.. So nak di katanya Ego ni jelaa harta satu-satunya yang ada kat SEORANG LELAKI. Kena pandai cara nak turunkan ego dorang ni. Insyallah lembut la hati dorang ni ha...

To my prince charming, I know how to handle with your EGOIST tu ehhhhhhhhhhhhh.. (panjang ni) 
So don't play-play with your ego haa... Wekkk! πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»

Byeeeeeee.... Larikkkkkk! πŸ˜ΈπŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨πŸ’¨

Wednesday, 1 March 2017

Bahagia menanti aku

video
 SETIA MENUNGGU

Assalamualaikum.. YA ALLAH...!
Terlalu banyak yang aku lalui selama beberapa tahun ni. Allah tak putus-putus memberi aku ujian.
Aku tau setiap ujian yang dia berikan pada aku adalah salah satu cara dia menujukkan yang dia benar-benar menyayangi aku. ALHAMDULILAH.

Kadang aku gagal menempuhi ujiannya. Adakalanya juga aku berjaya Mengharunginya.
Bukan mudah nak menjadi seorang yang bernama SITI HASREENA. Tapi aku tahu, susah aku ada lagi orang yang lagi susah daripada aku. Allah menguji aku betul-betul sampai aku hampir hilang harap. Tapi aku tahu bukan itu yang dia mahukan daripada aku.

DIA nak aku lebih kuat dan sentiasa bangun dengan semua dugaan didunia ini. Aku yakin setiap apa yang dia rancang untuk aku semua ada hikmah yang terbaik untuk aku. Walaupun pahit untuk aku telan. Umur yang semuda ini terlalu banyak dugaan yang aku lalui. Up and Down. Aku dicaci, Aku dihina oleh sesetengah masyarakat. Betapa terlukanya aku. ALLAH sahaja yang tahu.

Sumpah bukan aku minta semua ini untuk berlaku dalam hidup aku. Kalau aku dah tau akan jadi macam ni daripada awal lagi aku tak memilih jalan ini. Pernah aku terlalu terluka sampai aku bersujud kepada-Nya. Aku hilang harapan. Aku hilang kekuatan. Aku hilang rasa. Sesungguhnya Dia lebih baik daripada segala-galanya. Alhamdulilah. Aku REDHA.

Kadang-kadang kita selalu terdengar ayat ini, DUNIA INI KEJAM. Sebenarnya dunia ini tak kejam, tetapi Manusia yang bersifat kejam yang membuatkan kita rasa Dunia ini sangat kejam. Terlalu banyak aku belajar daripada pengalaman yang ALLAH berikan pada aku. TERLALU BANYAK.

Aku berasa bangga kadang-kadang kerana seusia muda macam ni aku dah setabah ini. Cinta yang kita miliki adalah milik Allah. Bila-bila masa dia boleh tarik rasa itu. Sekelip mata sahaja. Jika kita tak semai dengan doa, tak baja dengan kesyukuran semua tu akan ditarik dengan sekelip mata.

Aku belajar ini dalam hidup aku,  Cinta itu tak semestinya memiliki dan tak seharusnya selalu disakiti, jika berpisah itu adalah jalan terbaik untuk kedua pihak, lebih baik berpisah. Sebab tu Allah halalkan penceraian walaupun Dia benci dengan itu. Aku redha sumpah aku redha.

Aku belajar redha bila aku cuba maafkan segala-galanya, aku halalkan segala-galanya. Aku ikhlaskan segala-galanya. Alhamudulilah aku rasa keredhaan itu. Aku sikit pun tak rasa iri hati dengan kebahagiaan mereka. Sebab aku tahu Allah itu ADIL! Setiap umatnya layak memiliki KEBAHAGIAAN. Aku lepaskan segala-galanya dengan tabah.

Manusia akan datang dan pergi, jadi aku redha dengan siapa-siapa yang pergi dari hidup aku. Maafkan aku jika aku bukan yang terbaik sebab tu aku redha dia pergi mencari yang terbaik untuk hidup dia. Biarlah ia pergi dengan kenangan. Biarlah dia bahagia bersama orang yang dia sayangi. Aku tumpang bahagia. Melihat orang yang kita sayang bersama dengan orang yang dia sayang cukup buat aku bahagia. CUKUP.

Kerana aku tahu, cepat atau lambat aku juga akan rasa benda yang sama. Banyak kebaikannya bila kita bersabar. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Even kita pun tak tau esok apa akan jadi pada kita. Jadi aku sebagai manusia lemah ini tak layak nak argue dengan masa depan orang lain.
Aku tak layak nak hina hidup orang lain. Aku sangat tak layak nak membandingkan diri aku dengan orang lain. Tapi apa yang aku mampu adalah aku sentiasa cabar diri aku jadi yang lebih terbaik dari hari sebelumnya.

Kadang-kadang kalau aku rasa down sangat, aku rasa sedih sangat, aku rasa kosong sangat. Sebenarnya aku tahu Allah detik hati aku dengan rasa down sedih dan kosong itu untuk isikn DIA didalamnya.

MAKA AKU SENTIASA REDHA...

Terima kasih pengalaman yang sentiasa mengajar aku.
Terima kasih juga kepada siapa yang masih disisi aku dan terus mahu disisi aku SUSAH DAN SENANG. 






Monday, 20 February 2017

Hi My Bloggers! It's 2017...!

Assalamualaikum,

Yallah kejap je dah masuk 2017..! Berapa lama laaa tak update blog ni ha.. 5 TAHUN LEPAS!!
Dah bersawang dah.. (teringat pasal Saya pandai kemas rumah basuh baju sapu sampah 
buang sesawang) HAHAHA! 

Yallah macam2 aku lalui selama beberapa tahun ni.. Sumpah macam2.. Tapi aku bersyukur kerana
aku masih lagi mampu berdiri dan teruskan kehidupan macam biasa..
Tak ada apa yang aku harapkan selain aku lebih tabah dan kuat mengharungi hari yang mendatang.

Kejap je rasa masa barlalu.. Anak dah 3 tahun dah.. Haeeqal bin Haris.. 
Ni gambar masa dia kecik kecik.. comelkan? πŸ˜‹πŸ˜‹

Yallah aku rasa bersyukur sangat di kurniakan Anak secomel and sebijak ini! 😘😘😘
Sayang dia sangat2.. Bulan depan birthday dia yang ke 3 tahun. -19th March 2014-

Haeeqal mummy sayang haeeqal sangat2 ya.. Dia dah pandai cakap dah hahahaha.. 
hari tu kat school dia kena gigit dengan kawan dia (Kejadian tak dapat dikesan) part paling kelakar 
bila di tanya kenapa dia jawab "Dia jatuh Dia sakit Dia nangis" HAHA betuah punya anak. 
Maybe dia nak bercerita tapi tak pandai, so tu la citer dia πŸ˜‚πŸ€£πŸ€£πŸ˜‚

Baiklah sampai disini dulu cerita sis! Nanti Sis sambung lagi ya πŸ˜‹

Waalaikumsalam πŸ™‹πŸ»