Sunday 5 June 2011

SITI HASREENA ROSLI

CINTA yang hakiki adalah dari ALLAH yang esa ♥ 


WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan ..

by : De Hearty .. ♥ dis song ! 

Cinta Atau Kesempatan ??

Saat kita bertemu dengan seseorang yang sempurna,
yang kita cintai di saat yang tepat,
di tempat yang tepat dan di waktu yang tepat.
Itu adalah kesempatan.

Saat kamu bertemu seseorang yang membuatmu tertarik.
Itu bukan pilihan. Itu adalah KESEMPATAN...
Selalu bersama/bertemu dalam suatu waktu 
(dan banyak pasangan yang jadian kerana hal ini)
bukanlah suatu pilihan . Itu adalah KESEMPATAN .

Perbezaannya adalah setelah semuanya itu terjadi. 
Sampai bila kau akan membawa rasa cinta, suka,
ketertarikan tersebut naik ke peringkat seterusnya ?

Ketika akal sihat kita kembali berfikir,
kita akan duduk dan terfikir kembali ,
apakah kau ingin melanjutkan hubungan tersebut atau melepaskannya ????
Jika kau memilih untuk mencintai seseorang tersebut,
meskipun dengan segala kekurangannya,
itu bukanlah kesempatan. Itu adalah PILIHAN ...

Disaat kau memilih untuk bersama dengan seseorang,
tidak peduli dengan hal yang lain .Itu adalah PILIHAN ,,

Meskipun kau tahu banyak orang di luar sana yang lebih menarik, pintar, dan lebih kaya daripada pasanganmu,
dan YA , kau memutuskan untuk tetap mencintai pasanganmu apa adanya.
Itu adalah PILIHAN,..

Cinta, suka, ketertarikan datang kepada
kita dari kesempatan.
Tetapi CINTA SEJATI itu adalah sungguh-sungguh suatu PILIHAN.
Sebuah pilihan yang kita buat.

Berkenaan dengan teman sejiwa atau pasangan hidup,
ada sesuatu yang indah dari seorang bijak :
“Nasib membawamu untuk bersama, tetapi untuk tetap bersama sampai akhir itu semua tergantung dari dirimu.”
Saya percaya bahwa teman sejiwa itu benar-benar ada. Bahwa ada seseorang khusus diciptakan untukku.
Tetapi itu masih tetap tergantung pada diriku untuk membuat pilihan tersebut,
apakah kau akan melakukannya atau tidak ??

Kita mungkin akan menemukan teman sejati kita dengan kesempatan yang ada,
tetapi untuk mencintai dan bersama dengan teman sejiwa kita,
itu adalah tetap pilihan kita untuk mewujudkannya.

Kita datang ke dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk mencintai…
Tetapi untuk belajar, bagaimana mencintai seseorang yang tidak sempurna
agar ia menjadi dengan lebih sempurna… =D


*LUAHAN HATI*

*KEIKHLASAN dan KEJUJURAN*

Dalam kehidupan yang penuh onak, duri dan ranjau ini. Kemandirian hidup tidak terbatas dengan segala bentuk ancaman dan juga penipuan. Atas dasar ketandusan harta kekayaan jiwa, manusia seringkali berkelakuan pelik demi mencapai matlamat hidupnya.
Ada yang sanggup berpura-pura ada pula yang sanggup berpaling tadah hanya kerana mementingkan hawa nafsu yang sentiasa bergelojak di dalam dirinya. Nafsu menjadi raja dalam diri atas kelemahan diri yang tidak mengakui akan kejahilannya. Adalah menjadi asas dalam mengawal hawa nafsu serakah manusia itu hanya dengan satu perkara. Kenalilah tuhan yang menciptakan kamu dan berpegang teguhlah kamu di jalan Allah.
Yang sepatutnya menjadi pegangan manusia itu adalah membujur lalu melintang patah. Orang terdahulu pernah mengatakan, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah ke pangkal lengan. Al-qur’an pula mengatakan, ambillah Islam itu keseluruhannya dan bukan mengikut bahagian-bahagian dari yang kamu sukai! Nabi pula berpesan, janganlah kamu memandang rendah manusia yang lainnya, kerana darjat seseorang itu terletak di sisi Allah semata-mata.
Manusia tidak akan pernah ma’sum atas sebab yang mudah, Allah mahukan hambanya merintih kepadanya memohon keampunan atas segala kelemahannya. Namun yang demikian, terdapat dosa-dosa yang telah jelas dan nyata larangannya. Janganlah kamu mengadu domba, kerana perbuatan itu tidak ubah seperti kamu memakan daging dari keluargamu sendiri. Allah turut berpesan, yang haq itu dariKU dan janganlah kamu tergolong dari golongan yang berpaling tadah.
Inilah yang telah diturunkan dan telah disyariatkan keatas kamu wahai sekalian manusia, terutama bagi mereka yang beriman denganNYA. Oleh itu, adalah bertepatan untuk seseorang itu sentiasa mencari kejujuran dalam amalnya dan sentiasa ikhlas dalam niatnya.
Matlamat tidak sekali-kali menghalalkan cara. Hanya apabila dalam urusan dan ketika tertentu, maka yang haram menjadi halal dan atas hanya satu sebab! Menyelamatkan jiwa dari mati kelaparan di tempat yang tiada lagi satu pun yang halal untuk dimakan.
Sungguhpun demikian, makan makanan yang haram itu hanya untuk melapik perut dan hukumnya kembali haram apabila memakan makanan itu selahap-lahapnya sehingga kenyang. Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia yang kita akan ketandusan makanan yang halal lagi baik. Maka tiada sebab untuk kita mencari helah menggunakan hukum Allah yang sedia ada semata-mata mahu mencari jalan untuk mencapai matlamat diri. Ketinggian ilmu Allah itu diluar tandingan sarwajagat.
Sekalian alam tunduk dan patuh kepadanya, namun masih ada yang berlagak menjadi hero mahu menunjuk hebat di depan penciptaNYA.
 Wajarlah dengan pesanan dan ingatan dari Allah itu, maka kita menyelami ke dasar perjuangan paling asas yang membuahkan benih-benih bahagia. Jujur dan ikhlaslah dalam segala hal dan moga kamu beroleh ketinggian.
Pesan nabi, andai kamu berkawan dengan tukang besi kamu akan dapat baunya, andai kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka kamu tentu sekali akan berbau wangi lagi menyenangkan. Cerminlah diri anda dengan melihat rakan-rakan dan teman-teman sekeliling anda!